Aiskrim Oreo Sedap Ala McDonalds~

Hai semua…Kita berjumpa lagi harini untuk resipi membuat Aiskrim Oreo yang rasanya Ala2 Mcdonalds you All. Kalau abang fikir2, daripada membazir duit berhengget hengget, ada baiknya kita buat aiskrim sendiri kat rumah..Yeke Idokk??

Bahan bahan Ais krim Oreo

1 tin susu cair

1/4 tin susu pekat.*kurangkan sukatan kalau nak kurang manis

1 Sudu camca esen vanilla

1 pakej biskut oreo

1 sudu besar Ovalett *make sure halal ye

Cara cara Buat Ais Krim Oreo

1)Asingkan biskut oreo dan krim

2) Hancurkan biskut oreo sederhana hancur.

3) Untuk adunan ais krim masukkan susu cair, susu pekat, esen vanilla dan ovalett ke dalam mixer dan putar adunan dalam 15 minit. Kalau takde mixer boleh gunakan blender.

4) Kemudian dan nampak gebu dan berkrim masukkan separuh biskut oreo yang dah dihancurkan tadi ke dalam adunan. Putar lagi sehingga gebu dan berkrim dalam 5 minit lagi.

5) Adunan dah siap masukkan adunan ais krim ke dalam bekas. Fiza guna bekas kaca yang comel ni. Senang nak makan nanti. Sekali ambil satu balang kan.

6) Boleh taburkan baki biskut oreo tadi di atas ais krim

7) Dah siap tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Tunggu sehingga ais krim sejuk beku dan sedia untuk di makan 🙂

Kalau harini you all buat, esok pagi2 dah boleh rasa kesedapan ais krim ni. Kena tunggu beberapa jam lagi supaya ais krim tu betul betul macam ais krim. Lepas ni kalau rasa esok nak makan ais krim kena buat hari ni sebab ambil masa nak tunggu sejuk beku kan. Apepun rasanya memang sama macam McFlurry Oreo tu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*