Idea Resepi “Baby Food” Sesuai Untuk Si Manja Dari 10-12 Bulan

Pada peringkat umur ini, bayi anda kemungkinan besar sudah mula berminat untuk cuba perisa dan tekstur baru!

Puri yang dihidangkan tidak perlu terlalu cair – kisarnya sedikit kasar dan chunky untuk tekstur lebih menarik. Makanan lembut dipotong kiub kecil juga boleh dihidangkan. Anda boleh juga bereksperimen dengan rempah dan herba untuk berikan perisa-perisa baru untuk dicuba si manja.

Bahan-bahan berperisa masam juga boleh diperkenalkan pada waktu ini, contohnya seperti beri, tomato, dan buah-buahan sitrus.

Ikan juga biasanya mula diperkenalkan kepada bayi di peringkat umur ini.

Antara makanan sesuai untuk bayi berumur 10 – 12 bulan:
– Buah-buahan: Beri, buah-buahan sitrus
– Sayur-sayuran: Tomato, bayam, kekacang
– Protein: Ikan
– Bijirin: Pasta

1. Tuna, tomato dan bayam lenyek

Bahan-bahan:

– 1 biji bawang leek (dihiris)

– 300g ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong kiub)

– 1 sudu kecil mentega

– 160g tuna tin (dibuang minyak)

– 50g sayur bayam (dicincang)

– 1 biji tomato (dipotong kiub)

– 50g keju Cheddar parut

Cara-cara:

  1. Cuci kesemua bahan sehingga bersih.
  2. Rebus bawang leek bersama ubi 15 minit hingga empuk.
  3. Toskan dan lenyekkan.
  4. Panaskan mentega dan tumis bayam dan tomato hingga lembut. Masukkan tuna, ubi kentang, dan bawang leek. Gaul.
  5. Masukkan keju dan gaul.
  6. Siap untuk dihidang!

Nota: Jika boleh, gunakan bahan-bahan organik.

Sumber resipi: Annabel Karmel

2. Strawberry smoothie

Bahan-bahan:

– 8 biji strawberi (dibuang tangkai)

– 1/2 biji pisang (jika mahu)

– 1/4 cawan yoghurt

– 1 cawan air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara:

  1. Cuci strawberi hingga bersih.
  2. Masukkan strawberi, pisang, yoghurt, dan air / susu. Kisar hingga sebati.
  3. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Love and Duck Fat

3. Banana cinnamon toast

Bahan-bahan:

– 1 keping roti (dipotong menjadi bentuk fingers)

– 1 biji pisang

– 60ml susu ibu / susu formula

– Sedikit serbuk kayu manis

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk, lenyekkan pisang, susu, dan serbuk kayu manis hingga sebati.
  2. Celupkan roti di dalam adunan dan panaskan di atas kuali selama 1 ke 2 minit hingga keemasan.
  3. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Onehandedcooks.com.au

Pada peringkat umur 1 tahun ke atas, bayi anda boleh mula menikmati makanan dewasa! Yang penting, pastikan makanan tersebut dihidangkan dengan potongan kecil untuk mengelakkan risiko tersedak atau tercekik.

Perasa seperti garam dan lada juga boleh diperkenalkan pada tahap ini. =)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*