Idea Resepi “Baby Food” Sesuai Untuk Si Manja Dari 6-8 Bulan

Ingin mendapatkan idea menu yang boleh disediakan untuk bayi anda? Ikuti resepi-resepi mudah mengikut kemahuan anda! Jom kita cuba~

Nota penting: Maklumat dan resipi yang dikongsi di dalam artikel ini bertujuan untuk pengetahuan am sahaja. Untuk mendapatkan kepastian, bincangkan pelan makanan anda bersama doktor bayi anda terlebih dahulu.

Pada peringkat umur ini, makanan yang diberikan kepada bayi anda lebih elok jika dimasak terlebih dahulu supaya ianya mudah dihadam. Hidangkan puri makanan yang tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain buat masa ini. Ini bertujuan untuk anda ketahui jika bayi anda mempunyai reaksi alahan terhadap sesuatu makanan.

Antara makanan sesuai untuk bayi berumur 6 – 8 bulan:
Buah-buahan: Pisang, epal, pir, avokado
Sayur-sayuran: Lobak merah, ubi keledek, kacang peas
Bijirin: Barli, oat, nasi

1. Pisang puri

Bahan-bahan:
– 1 biji pisang (dikupas dan dihiris)
– Air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang.
2. Panaskan adunan selama 25 saat atau lebih untuk lembutkan lagi pisang.
3. Cairkan adunan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!

2. Lobak merah puri

Bahan-bahan:
– 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
– Air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara:
1. Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik.
2. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
3. Cairkan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!

Nota: Kaedah mengukus lebih baik daripada merebus kerana ianya dapat mengekalkan kandungan zat di dalam bahan makanan.

3. Bubur nasi

Bahan-bahan:
– 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
– 1 3/4 cawan air

Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Siap untuk dihidang!

Nota: Untuk mendapatkan kandungan khasiat yang lebih baik, beras perang boleh digunakan sebagai alternatif

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*