Idea Resepi “Baby Food” Sesuai Untuk Si Manja Dari 8-10 Bulan

Pada peringkat umur ini, anda boleh mencuba gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disukai si manja untuk menghasilkan perisa yang lebih menyelerakan.

Makanan berprotein seperti ayam dan daging juga boleh mula diperkenalkan. Telur juga boleh dicuba tetapi mulakan dengan telur kuning sahaja. Telur putih boleh menyebabkan masalah dari segi reaksi alahan, dan selalunya akan diberikan kepada bayi berumur 1 tahun ke atas sahaja.

Bayi pada peringkat umur ini juga boleh mula mencuba produk tenusu dipasteur seperti keju dan dadih.

Antara makanan sesuai untuk bayi berumur 8 – 10 bulan:
– Buah-buahan: Mangga, pic, plum, kelapa, betik, anggur, kiwi
– Sayur-sayuran: Brokoli, kubis bunga, timun, asparagus, labu, terung, bawang
– Protein: Ayam, daging, telur kuning, tauhu
– Produk tenusu dipasteur: Keju, dadih

1. Brokoli bawang putih puri

Bahan-bahan:
– 1 kepala brokoli (bahagian floret sahaja)
– 1 ulas bawang putih
– Air masak

Cara-cara:
1. Cuci bersih brokoli dan bawang putih. Jika boleh, gunakan brokoli organik.
2. Kukus brokoli dan bawang selama 10 minit.
3. Kisar bersama sedikit air hingga hancur.
4. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Buona Pappa

2. Telur kuning hancur

Bahan-bahan:
– 1 biji telur rebus (ambil telur kuning sahaja)
– 1 sudu kecil air masak

Cara-cara:
1. Lenyekkan telur kuning hingga hancur.
2. Masukkan air dan gaul sebati.
3. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Weelicious

3. Bubur oat kurma keju

Bahan-bahan:
– Oat (direndam)
– Labu (dipotong kiub)
– Bawang merah dan bawang putih (dicincang)
– Puri kurma
– Keju (diparut)
– Minyak zaitun

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
2. Masukkan labu.
3. Masukkan air dan masak hingga empuk.
4. Masukkan oat dan gaul.
5. Masukkan puri kurma dan gaul.
6. Apabila sudah kembang, masukkan parutan keju.
7. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Mummy Zahra Nak Cerita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*