Ikan Siakap Masak 3 Rasa Simple Jer~

Jom semua… harini abang nak ajar cara memasak Ikan Siakap 3 rasa dengan cara yang paling simple dan berjaya. Jangan risau, bahan2 yang digunakan juga halalan toyyiba untuk dijadikan panduan untuk semua.

 

Ayuh kita mulakan!

 

Bahan-bahan yg diperlukan:-

 

  1. Untuk Ikan:

– 2 ekor ikan siakap

– tepung jagung untuk dilumur pada ikan

– serbuk Pasti Sedap Knoor

– minyak untuk menggoreng ikan

 

  1. Bahan Menumis:

4 ulas bawang putih – ketuk

6 tangkai cili padi – dipotong kecil

1 inci halia – dihiris halus

1 batang serai – ketuk

 

  1. Bahan Sos:

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan – tak letak

Sedikit minyak bijan – opsyenal

 

  1. Bahan bahan Lain:

1 biji bawang besar – dipotong dadu

1 biji tomato – dipotong dadu

1/2 biji cili benggala – dipotong dadu – opsyenal

Kiub nenas dalam tin – opsyenal

3-4 helai daun limau purut – buang tulang

Daun sup/daun bawang – untuk hiasan
Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Ajino-moto secukup rasa

 

 

Cara-cara memasak:

 

  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
  5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
  6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
  7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
  8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

Tadaaaa..dah siap!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*