Nasi Goreng Paprik Khas Untuk Penggemar Masakan Thai~

Hai kawan2..nak tahu satu fakta tak???

Dengan nasi goreng berperisa Tom Yam, dimakan pula dengan kuah paprik yang penuh dengan flavour, memang sangat sedap! Sangat mudah untuk anda buat snediri. Meh saya ajarkan..

Bahan-bahan (nasi goreng):
– 2 cawan nasi putih
– 2 ulas bawang putih (dicincang)
– 2 ulas bawang kuning (dihiris)
– 2 sudu besar cili boh
– 1 sudu besar pes tom yam
– 1/4 cawan air
– 1 sudu kecil garam
– Sedikit lada hitam kasar
– 1 sudu besar minyak

Bahan-bahan (paprik):
– Dada ayam (dihiris)
– 2 ulas bawang putih (dicincang)
– 2 batang serai (dihiris)
– 1 biji cili merah
– 1/2 biji bawang kuning (dipotong dadu)
– 1/2 batang lobak merah (dihiris)
– 1/4 biji kubis bunga (dipotong)
– 2 batang kacang panjang (dipotong)
– 5 batang putik jagung (dipotong separuh)
– 5 biji oyster mushroom
– 1 biji tomato
– 1 sudu besar sos tomato
– Daun limau purut
– 1/4 cawan air
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu besar minyak

Bahan-bahan (topping):
– Telur goreng
– Daun ketumbar (dicincang)

Cara-cara membuatnya:
1. Untuk nasi goreng, tumis bawang putih, bawang kuning, cili boh dan pes tom yam. Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Ketepikan.
2. Untuk paprik ayam pula, tumis bawang putih, serai, cili merah dan bawang kuning.
3. Masukkan dada ayam, lobak merah, kubis bunga, kacang panjang, putik jagung, oyster mushroom dan daun limau purut. Gaul.
4. Masukkan sos tomato dan air. Kemudian masukkan tomato. Gaul sebati.
5. Masukkan garam.
6. Hidangkan dengan telur goreng dan tabur daun ketumbar.
7. Nasi Goreng Paprik sudah siap!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*