Resepi Ayam Golek Terlajak Simple

Harini meh abang belanja satu resepi turun temurun yang sangat diminati ramai. Resepi ni kalau nak diikutkan, memang sejak azali lagi mampu membuatkan kita meleleh air liur. Jom kita mulakan!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam
  • 4 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji cili api
    (Semua buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, cili kering & cili api dikisar bersama)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • 3 cawan santan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ayam dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan
    serai sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam, daun limau purut, garam, dan santan. Masakkan
    sehingga kuah pekat.
  4. Keluarkan ayam dari kuah kemudian letakkan ayam di dalam loyang dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 200ºC selama
    30 minit.
  5. Angkat ayam dari ketuhar. Tuang kuahnya di atas ayam tadi ketika
    mahu menghidang.

Tadaaaa!!! Jom kita jamah sama2 yaa..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*