Resepi Kuih Talam Ubi Kayu Manisss~

Nak dekat bulan Ramadhan ni, ayuh kita cuba resepi buat kuih. kalau dapat makan time berbuka pergghhh sedap tuu..

Bahan-Bahan untuk digunakan:

600 gm ubi kayu, 1 biji kelapa parut, sedikit gula merah, sedikit gula pasir, 1/2 cawan tepung gandum

Posted by Resipi Memikat Hati Suami on Tuesday, August 1, 2017

Cara-cara membuatnya:

Ubi kayu diparut , diperah buang airnya. Kelapa diambil santan untuk membancuh adunan. Bancuh ubi dengan santan cair, gula merah dan gula putih, masukkan ke dalam loyang dan kukus. Sementara itu, bancuh bahagian kepalanya iaitu dua cawan santan pekat, Campurkan sedikit tepung gandum dan garam. Apabila adunan ubi sudah masak, tuangkan adunan kelapa ke atasnya, kemudian kukus semula hingga masak.